Attention !!!



Attention, please!!! I will start update this blog from October 20th 2011. Hope you understand.

Tuesday, July 12, 2011

MTV World Stage at Malaysia


MTV World Stage Live In Malaysia 2011 kali ini kembali lagi dan akan menggegarkan pentas Malaysia. Sebuah konsert yang menjadi tumpuan ramai ini akan menampilkan barisan muzik rock yang penuh bertenaga di dalam sejarah tiga tahun kemunculannya, MTV Network Asia telah secara rasminya mengumumkan bahawa sebuah kumpulan muzik alternative Rock dari Amerika, Neon Trees dan sebuah kumpulan yang menjadi fenomena dari Korea, Beast merupakan antara barisan artis yang akan menggamatkan lagi pentas ini kelak.

Konsert secara langsung yang akan dipenuhi dengan kerancakan muzik ini akan turut dibarisi oleh kumpulan dari Amerika, Thirty Seconds To Mars dan juga sebuah band tempatan yang cukup terkenal iaitu Pop Shuvit.

MTV World Stage yang dibawakan secara langsung di Malaysia ini akan bertempat di i-City Shah Alam, pada 24 Julai 2011 yang pastinya akan menjanjikan sebuah hiburan maksima penuh dengan kegamatan yang belum pernah kita saksikan sebelum ini

Dijangkakan, MTV World Stage Live in Malaysia 2011 ini akan dihadiri oleh lebih 15,000 peminat muzik secara langsung. Konsert yang akan disiarkan selama 2 jam di rangkaian saluran MTV SEA pada 8 Ogos jam 10 malam (Indonesia), 11 malam (Singapura, Hong Kong dan Filipina) dan 12 pagi untuk siaran Malaysia. Selain itu juga, hiburan rancak ini juga akan disiarkan secara global ke lebih 154 buah negara yang akan menjangkau lebih 550 juta penonton dalam satu masa.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert MTV World Stage Live In Malaysia 2011 dan barisan artis yang akan menghiburkan anda kelak sila lawati laman web ini, http://worldstage.mtvasia.com.

Ingin memenangi tiket ke MTV World Stage Live In Malaysia 2011?
Anda boleh mendapatkannya di ERA fm! Dengarkan isyarat memanggil di radio ERA, Isnin-Jumaat antara jam 10 pagi hingga 12 malam. Kemudian anda haruslah menjadi pemanggil pertama yang layak di talian 03 9543 3355 dan perlu memberi kata laluan: ERA! HANTAR SAYA KE MTV WORLD STAGE. Anda juga akan diminta memberi satu nama artis yang akan membuat persembahan di MTV World Stage Live In Malaysia 2011 dengan betul untuk menang!

Peraduan bermula 11-22 Julai 2011. Tertakluk terma dan syarat peraduan.

Good bye Kim Heechul. See you after two years. Love, ELF

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...